Assalamualaikum dan selamat sejahtera kami ucapkan buat semua pembaca Terbakor. Kali ni, kami ingin menjemput secara rasmi para penulis dan blogger yang sudi untuk menjadi Guest Blogger Terbakor secara percuma. Tujuannya adalah untuk mewujudkan ruang perkenalan di antara blogger serta dapat mempromosikan blog dan tulisan mereka melalui Terbakor. Setiap artikel yang Guest Blogger Terbakor hantar akan dimasukkan ke dalam kategori Guest Blogger. Syarat syarat untuk menjadi Guest Blogger adalah seperti di bawah:-
- Blogger boleh menghantar apa apa sahaja niche artikel kecuali lucah, politik melampau, berbau perkauman, dan apa apa sahaja artikel yang boleh menyinggung sensitiviti masyarakat;
- Panjang satu artikel mestilah tidak kurang dari 300 patah perkataan;
- Hantarkan artikel anda ke ——->> terbakor[@]gmail.com;
- Sertakan nama dan url blog anda sekali bersama artikel
- Anda boleh menyertakan sekali keterangan mengenai diri dan blog anda, untuk diletakkan bersama artikel nanti.
- Artikel mengenai promosi barangan perniagaan tidak dibolehkan.
Itu sahaja. Mudah kan? Jadi apa tunggu lagi, hantar lah artikel anda sekarang! Terbakor akan review dulu artikel itu dan jika sesuai Terbakor akan publishkan untuk anda. Invite lah kawan kawan blogger sekali untuk join. Tak salah kita berkongsi medium blog untuk sesama penulis kan?
Jika ada sebarang pertanyaan jangan segan untuk tinggalkan di ruangan komen ye.




