nurul izzah and agong: Tular bakal bernikah dengan Agong, Nurul Izzah minta rakyat tumpu isu negara

nurul izzah and agong

nurul izzah and agong

nurul izzah and agong: BARU-BARU ini tular di media sosial mengenai khabar angin Nurul Izzah Anwar yang dikatakan bakal bernikah dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Naib Presiden PKR itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut selain meminta agar semua pihak memberi perhatian kepada perkara yang lebih penting.

“Tolong abaikan berita palsu yang tersebar. Marilah kita memberi perhatian kepada kerja menyelamatkan ekonomi negara,” beliau dipetik berkata oleh portal mStar.

Sementara itu, ibu Nurul Izzah, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menafikan perkara itu.

Ketika soalan itu diajukan kepadanya pada satu sidang media di Kuala Kubu Bharu sebentar tadi, beliau memberi reaksi terkejut dan mengaku tidak tahu-menahu.

“Astaghfirullahalazim… jangan dengar berita khabar angin. Tidaklah …,” beliau dipetik berkata.

Pada Khamis, ibu bapa Nurul Izzah, Dr Wan Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menemui bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota di Kubang Kerian.

Dr Wan Azizah dan Anwar turut membuat kunjungan hormat mengadap Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan ayahanda Sultan Muhammad V, Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra.

Pertemuan tertutup itu sebagai mempersembahkan ucapan penghargaan dan terima kasih Ketua Umum PKR itu kepada Istana Kelantan susulan pengampunan diraja yang diperkenankan.

Lawatan tersebut bagaimanapun telah disalah anggap sebagai kunjungan bagi membincangkan hal perkahwinan Nurul Izzah.

Sebelum ini heboh di media sosial desas-desus mengatakan pertemuan tertutup di istana itu berkaitan dengan satu perkahwinan diraja yang bakal berlangsung.

Nurul Izzah sebelum ini pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada Mei 2003. Pasangan itu bagaimanapun bercerai talak satu pada Januari 2015.

 

Sumber: Astro Awani

Loading...

Leave a Reply