Azlan Man angkat sumpah menteri besar perlis

menteri besar perlis

menteri besar perlis

Datuk Seri Azlan Man sah menjadi menteri besar perlis untuk penggal kedua apabila mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Balai Menghadap, Istana Arau, di sini, sebentar tadi.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan itu berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, sekitar jam 11.10 pagi.

Azlan Man, 60, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong, dilantik sebagai Menteri Besar Perlis bagi penggal kedua selepas Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

PRU-14 menyaksikan BN berjaya meraih 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PH hanya tiga kerusi dan PAS dua kerusi.

Istiadat itu sekali gus menamatkan krisis perlantikan Menteri Besar Perlis yang masuk hari ke-14 selepas PRU-14 pada 9 Mei lalu, susulan tindakan Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, mengumumkan nama ADUN Tambun Tulan, Datuk Ismail Kassim, yang juga adiknya, sebagai calon Menteri Besar yang baharu.

Bagaimanapun, timbul persoalan baharu apabila sembilan ADUN BN tidak hadir pada majlis mengangkat sumpah itu. Mereka difahamkan berada di Kuala Lumpur.

Sebaliknya, tiga ADUN Pakatan Harapan (PH) dan dua ADUN PAS hadir.

 

Sumber: Bh Online

Loading...

Leave a Reply