peguam najib tarik diri wakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

peguam najib tarik diri

peguam najib tarik diri

peguam najib tarik diri: Peguam Datuk Harpal Singh Grewal dan M. Athimulan menarik diri dari mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Keputusan menarik diri itu dibuat selepas Najib berhasrat menggunakan khidmat bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan enam lagi rakan guamnya.

Harpal Singh berkata, mereka tidak dipecat, tetapi menarik diri.

“Kami  menarik diri selepas perbincangan pada malam tadi,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Harpal dan Athimulan dikatakan meninggalkan kediaman peribadi Najib di Jalan Langgak Duta di sini kira-kira jam 10.40 malam tanpa menjawab sebarang soalan media.

 

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Leave a Reply