profil nurul izzah anwar

profil nurul izzah anwar

profil nurul izzah anwar

profil nurul izzah anwar: Yang Berhormat Nurul Izzah binti Anwar (lahir 19 November 1980) merupakan ahli politik Malaysia dan anak sulung kepada pasangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (ketua de factoPakatan Rakyat), juga bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia (1993-1998) dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, yang merangkap sebagai Presiden Parti Keadilan RakyatMalaysia (PKR). Beliau merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh yang dimenanginya pada PRU-14 2018.

Pendidikan

Nurul Izzah mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Ketika pendidikan menengah, Nurul Izzah bersekolah di Sekolah Menengah Sri Bandarayadan Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya, Kuala Lumpur.

Di peringkat universiti, Nurul Izzah menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak. Tetapi kemudian berpindah ke Universiti Tenaga Nasional di Bangi dalam jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik dan menerima ijazah pertamanya pada tahun 2004. Seterusnya menyambung pengajian Ijazah Sarjana (MA) di School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, Washington di dalam bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa dan tamat pengajian pada Mei 2007.[1]

Keluarga

Beliau berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan mendapat seorang anak perempuan bernama Nur Safiyah. Raja Ahmad Shahrir Iskandar merupakan bekas pelajar “Bukit Bintang Boys School” dan juga bekas penuntut Universiti Cambridge. Kini, Shahrir bekerja di sebuah bank korporat. Nurul Izzah dan Shahrir mula berkenalan ketika bertemu di Institut Kajian Dasar (satu institusi yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dahulu).[2][3]

Perkahwinan mereka diadakan pada Mei 2003, ketika Datuk Seri Anwar masih berada di dalam Penjara Sungai Buloh. Penjara Malaysia telah membenarkan Anwar Ibrahim keluar dari penjara untuk menjadi wali kepada anaknya, Nurul Izzah. Turut hadir dalam majlis perkahwinan tersebut ialah Tan Sri Azizan Zainul Abidin, Tan Sri Hassan Merican dan Datuk Seri Nazri Aziz. Sultan Terengganu iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin turut hadir ketika itu. Anwar Ibrahim dibebaskan sepenuhnya dari penjara pada September 2004 ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.[4][5] Pasangan ini dianugerahkan dua cahaya mata, seorang perempuan dan seorang lelaki. Namun Nurul Izzah dilaporkan meminta cerai pada tahun 2014 dan mereka sedang menjalani proses mahkamah.[6]

Penglibatan politik

Semasa bapanya ditahan oleh polis Malaysia atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa, Nurul Izzah dilihat sebagai harapan untuk membela nasib malang ayahnya, Anwar Ibrahim. Beliau pernah berjumpa dengan Presiden Filipina, Joseph Estrada dan meminta bantuan beliau. Beliau amat aktif dalam gerakan Reformasi 1998 dan wajahnya muncul dalam CNN dan BBC. Ketika itu beliau berumur 18 tahun. Beliau pernah digelar ‘Puteri Reformasi’ berhubung peranan dan kecantikannya.

Selepas menuntut di universiti, Nurul Izzah menjadi penyelaras politik di pejabat Parti Keadilan Rakyat. Seterusnya menjadi sukarelawan kepada pasukan Pemantau Kesihatan Global (Global Health Watch) dan menjadi ahli majlis Forum Antarabudaya Pemimpin Wanita yang berpengkalan di New York.

Sejak 2001, Nurul Izzah bersama teman-teman dari badan-badan bukan kerajaan seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan ALTSEAN BURMA sempat mengadakan rapat umum bersama pelajar-pelajar Malaysia dan luar Negara di universiti-universiti seluruh dunia bagi menyuarakan masalah hak asasi manusia seperti tahanan ISA di Malaysia.[7]

Pilihan Raya Umum Malaysia 2008

Nurul Izzah telah dipilih oleh Parti Keadilan Rakyat untuk bertanding di kawasan parlimen Lembah Pantai menentang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Barisan Nasional) dan calon bebas N. Periasamy dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Beliau memenangi kerusi itu dengan mendapat 21,728 undi berbanding calon BN 18,833 undi dan calon bebas 489 undi.

Sementara ibunya Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail menang di parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Percaturan PKR selepas 15 April 2008 ialah kerusi Permatang Pauh akan dikosongkan bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding di sana. Setelah Nurul Izzah menang di Lembah Pantai, beliau juga dicadangkan mengosongkan kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada bapanya. Kini, kerusi Parlimen P44 Permatang Pauh telah dipertaruhkan semula dan dimenangi oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Pilihanraya kecil baru-baru ini. DS Anwar Ibrahim memenangi kerusi tersebut setelah menewaskan wakil UMNO-BN Arif Shah Omar Shah dengan majoriti sebanyak 15 671 pengundi.

Isu dan kontroversi

Antara kontroversi Nurul Izzah adalah isu beliau mengeluarkan kenyataan bahawa kebebasan beragama tidak sepatutnya terhad kepada orang bukan Islam sahaja, seperti yang diamalkan di negara ini sekarang.[8] Kenyataan ini dibuat beliau ketika menjawab pertanyaan salah seorang peserta dalam forum ‘Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’, yang dianjurkan secara bersama OHMSI (Oriental Hearts and Mind Study Institute) dan IRF (Islamic Renaissance Front) bertempat di Gereja Full Gospel, Subang Jaya. Penafsiran beliau ayat “tiada paksaan dalam beragama” dalam surah Al-Kafirun, memberi reaksi negatif oleh pelbagai pihak.[9] Walaupun begitu menurutnya, beliau tidak bermaksud untuk menggalakkan orang Melayu murtad, tetapi dalam masa yang sama, beliau melihat dasar kerajaan dan undang-undang di Malaysia tidak sepatutnya menyekat kebebasan beragama di kalangan orang Melayu.[10][11]

Penyebaran video lucah Nurul Izzah

Terdapat satu penyebaran video seks di internet yang dikatakan seorang wanita yang menyerupai wajah Nurul Izzah. Nurul Izzah menafikan dakwaan itu dan berkata bahawa gadis dalam video itu bukan beliau.[12].Manakala ibunya Wan Azizah menyatakan bahawa dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap bekas pensyarah anaknya itu.[13] Selain itu juga rakan-rakan di dalam PKR tampil membantu Nurul Izzah dan mengganggap penyebaran video tersebut merupakan konspirasi dari UMNO dan Barisan Nasional.Terdapat video lucah siri satu dan akan kini klip kedua pula mula tersebar.[14] [15]

Pemimpin PKR Permatang Pauh N. Ponnusamy menyatakan bahawa video seks itu dilakukan oleh Azmin Ali untuk memburukkan imej Nurul Izzah kerana kedua-dua pemimpin pembangkang tersebut tidak bersependapat dengan isu-isu kepimpinan dalam parti. Beliau berkata, “Ini adalah satu percubaan yang berniat jahat oleh penyokong Azmin yang tidak mahu Nurul Izzah dan ibunya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menembusi Selangor.[16]

Pertemuan dengan Jacel Kiram

Pada November 2015, Nurul Izzah mengadakan pertemuan dengan Jacel Kiram, anak perempuan bekas Sultan Sulu Jamalul Kiram III di majlis khas anjuran Council on Philippines Affairs.[17] Malah mereka turut menyiarkan gambar menuntut Perdana Menteri Malaysia Najib Razak untuk membebaskan pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim yang diterima negatif dalam media, mendorong Nurul Izzah memohon maaf.[18]

Pilihan Raya Umum Malaysia 2013

Nurul Izzah sekali lagi terus mempertahankan kerusi Parlimen P121 Lembah Pantai dengan memperolehi undian majoriti 31,008; dan berjaya menewaskan lawannya Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (BN) mendapat sebanyak 29,161 undi dan Rosli Baba bagi kerusi (Bebas) memperoleh sebanyak 167 undi.[19]

Pilihan Raya Umum Malaysia 2018

Nurul Izzah pada kali ini telah bertanding bagi kerusi Parlimen P044 Permatang Pauh yang sebelum ini disandang oleh ibunya, Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail. Nurul Izzah telah memenangi kerusi dengan undian sebanyak (35,534) serta memperolehi majoriti (15,688) undi. Beliau telah menewaskan calon BN Mohd Zaidi Mohd Said (19866) dan calon PAS Ustaz Afnan Hamimi yang memperolehi (14,428) undi

 

Sumber: Wiki

Loading...

Leave a Reply