himpunan merdeka rakyat : Polis tidak dapat makluman

himpunan merdeka rakyat

himpunan merdeka rakyat

himpunan merdeka rakyat: Polis tidak terima sebarang pemakluman daripada pihak penganjur berhubung himpunan merdeka rakyat di Padang Timur, Petaling Jaya, bagi menyambut pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan.

“Apa pun, polis sentiasa bersiap sedia seandainya perhimpunan itu tetap dijalankan esok,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (KJSJK) Selangor, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Dalam majlis itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Nor Azman Muhammad Yusuf dilantik sebagai KJSJK Selangor yang baharu berkuat kuasa hari ini menggantikan Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan.

Himpunan merdeka rakyat ini dijangka bermula pada jam 5.30 petang sehingga jam 11.45 malam dengan ucapan kepimpinan Pakatan Harapan.

Anwar akan mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong esok (Rabu).

Terdahulu, Anwar dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2015 menolak rayuannya terhadap sabitan bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya serta hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah menyatakan kesediaan Seri Paduka untuk memberi pengampunan segera kepada Anwar Ibrahim.

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Leave a Reply