juara gema gegar vaganza 2018

juara gema gegar vaganza 2018 | BUKIT JALIL: Penyanyi Fitri Haris diumum sebagai juara program Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua yang diadakan di Dewan Sri Putra di sini pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan Fitri membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Pada pertandingan peringkat akhir itu, Fitri menyampaikan lagu Zinnirah pada pusingan solo, manakala lagu Al Nuraa Yang 5 Yang 6 bagi pusingan battle bersama Adeep Nahar.

Manakala Adeep mendapat tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.

juara gema gegar vaganza 2018

juara gema gegar vaganza 2018

Adeep turut membawa pulang trofi Gema Paling Mengegarkan.

Fitri menyampaikan dua buah lagu pada peringkat akhir GGV musim kedua. 

Tempat ketiga pula milik Awi Rafael dan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Manakala tempat keempat dan kelima dimenangi oleh Inteam dan Hazwani & Heliza.

Sementara itu, kumpulan Brothers terpaksa berpuas hati di tempat terakhir.

Pada pertandingan akhir itu kesemua peserta perlu mengadakan dua persembahan solo dan battle.

GGV dihoskan oleh Siti Nordiana, Fikry Ibrahim dan Fakhrul UNIC selain menampilkan Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan Datuk M Nasir sebagai juri profesional.

Fitri berentap bersama Adeep Nahar pada pusingan Battle. 

Konsert akhir itu turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi jemputan daripada Zamani, Nazri (Raihan) dan kumpulan Jawahir.

Berikut ialah senarai penuh pemenang GGV musim kedua:

Juara – Fitri Haris (RM100,000)

Naib Juara –  Adeep Nahar (RM30,000)

Ketiga – Awi Rafael (RM20,000)

Keempat – Inteam (RM15,000)

Kelima – Hazwani & Heliza (RM10,000)

Keenam – Brothers (RM5,000)

Sumber: Mstar
Loading...

Leave a Reply