“Saya tak pernah cakap buruk pasal mak orang” – Elfira Loy sebak ibu jadi mangsa kecaman

Menerusi siaran langsung di Instagram adiknya Jumaat lalu, Elfira Loy sebak apabila bercerita mengenai ibunya, Filzah Yusuff yang menerima keceman hebat kerana mempertahankan maruahnya kerana kes putus tunang.

“Selepas apa yang berlaku, emak sanggup ambil segala tuduhan kerana tak nak orang kutuk saya. Dia cakap tidak apa kalau orang benci mama, cakap buruk fasal mama, janji orang tahu saya bukan macam itu dan saya wanita kuat”

“Saya kasihan bila orang cakap macam itu dekat mak saya sebab saya tak pernah cakap buruk macam itu dekat mak orang lain, tapi saya tahu dia buat ini semua supaya orang tahu saya tak salah kerana saya dah buat yang terbaik,” jelasnya.

Biarpun ramai membenci ibu pelakon itu yang terlalu lantang menyuarakan luahan hati, Elfira tetap mengangumi pengorbanan ibunya mempertahankan beliau. Walaupun mengambil keputusan berpisah dengan Sufian Suhaimi, Elfira percaya tindakan ibunya merupakan perancangan terbaik.

Elfira berkata demikian menerusi laman Instagram adiknya, sekaligus melancarkan program bual bicara baru yang diberi nama, The El Live Show yang akan bersiaran langsung di Instagramnya pada setiap bulan. (rtky/w)

Sumber: Rotikaya

Loading...

Leave a Reply