Bunuh adik ipar usia 2 tahun 7 bulan, lelaki terlepas hukuman gantung

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki terlepas daripada hukuman gantung di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini, setelah pihak Pendakwa Raya menawarkan pertuduhan pilihan terhadapnya daripada kesalahan membunuh kepada menyebabkan kematian tanpa niat adik iparnya, dua tahun lalu.

Hafiz I D Osmera, 23, bagaimanapun, perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun apabila mahkamah mendapati dia bersalah menyebabkan kematian Nadzirah Nur Safiah Sabarudin yang berumur dua tahun tujuh bulan, atas pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz memerintahkan dia menjalani hukuman daripada tarikh ditangkap, iaitu pada 29 Ogos 2016.

Bunuh adik ipar usia 2 tahun 7 bulan, lelaki terlepas hukuman gantung

Bunuh adik ipar usia 2 tahun 7 bulan, lelaki terlepas hukuman gantung

Manakala isterinya, Fathin Nur Athirah Sabarudin, 23, yang juga kakak kepada mangsa, dilepas daripada pertuduhan atas permohonan pihak pendakwaan.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama dalam mencapai niat, telah melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian terhadap Nadzirah Nur Safiah Sabarudin yang berumur dua tahun tujuh bulan, dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan yang mungkin menyebabkan kematiannya.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu pada 30 Julai 2016 sehingga 29 Ogos 2016, di sebuah rumah di Paka, Dungun.

Dengan itu, mereka telah melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah, yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh yang boleh dihukum di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun yang sama.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa raya, Ahmad Fadhli Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam dari Tetuan Ghazali Ismail & Co.

Sebelum ini, media ada melaporkan mangsa meninggal dunia di Klinik Kesihatan Paka, Dungun pada 29 Ogos 2016, kira-kira jam 3.45 petang selepas dibawa oleh kakaknya, Fathin Nur Athirah untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, petugas di klinik terbabit kemudiannya membuat laporan polis selepas mendapati mangsa mempunyai kesan parut di seluruh badan dan luka baharu.

Sumber: Sinar
Loading...

Leave a Reply