“Bila hang pa nak serik?” – 7 kanak-kanak dan remaja lelaki ditahan lumba turun bukit guna basikal lajak

POLIS menahan tujuh kanak-kanak dan remaja lelaki berusia antara 10 hingga 15 tahun selepas mereka dikesan berlumba menuruni bukit menggunakan basikal lajak di Jalan Titi Serong, Balik Pulau, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai sekumpulan basikal lajak sedang berlumba menuruni bukit secara bersaing antara satu sama lain di Jalan Titi Serong-Batu Hitam, jam 11 malam.

"Bila hang pa nak serik?" - 7 kanak-kanak dan remaja lelaki ditahan lumba turun bukit guna basikal lajak

“Bila hang pa nak serik?” – 7 kanak-kanak dan remaja lelaki ditahan lumba turun bukit guna basikal lajak

Beliau berkata, sekumpulan lima anggota trafik dari Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya kemudian pergi ke lokasi dan menemui kumpulan remaja berkenaan sedang berlumba.

“Semua mereka ditahan dan dibawa ke IPD Barat Daya sebelum saman dikeluarkan ke atas mereka mengikut Peraturan 42(3) LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959.

“Mereka dibebaskan pagi ini dan polis akan terus memantau kegiatan kumpulan basikal lajak dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply