Dato Vida belanja RM700 ribu setiap kali bercuti

Siapa yang tak kenal dengan Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman, atau lebih dikenali sebagai Dato ‘Seri Vida (DSV). Lagu “I Am Me” nyanyiannya menjadi bualan ramai dan di dengar di 177 buah negara.

Dato Vida belanja RM700 ribu setiap kali bercuti

Dato Vida belanja RM700 ribu setiap kali bercuti

Baru-baru ini, dalam satu temubual bersama Rozita Che Wan, Dato Vida sempat kongsikan pengalamannya bercuti ke luar negara.

Menurut Vida, setiap kali bercuti ke luar negara, beliau akan membawa kesemua ahli keluarganya bersama dan akan membelanjakan hampir RM700 ribu.

“Kalau saya pergi bercuti saya akan bawa segala tentera, sekali pergi melancong paling kurang pun RM700 ribu. Setahun 2 kali. Tapi bawa satu bas dan ramai.”

Tambah Vida lagi, beliau tidak pernah melupakan keluarga yang sentiasa bersamanya dari masa susah sehinggalah beliau sudah berjaya dan inilah cara beliau untuk menghargai mereka walaupun perlu habis beribu ringgit.

Sumber: Rotikaya

Loading...

Leave a Reply