“Yang tergila-gilakan Sufian snaknya, yang putuskan pertunangan emaknya” – Pengurus Sufian Suhaimi

"Yang tergila-gilakan Sufian snaknya, yang putuskan pertunangan emaknya" - Pengurus Sufian Suhaimi

“Yang tergila-gilakan Sufian snaknya, yang putuskan pertunangan emaknya” – Pengurus Sufian Suhaimi

Sufian Suhaimi terkesan dengan putusnya pertunangannya dengan Elfira Loy sehingga mengakui menitis air mata jantannya.  Namun punca sebenar putusnya pertunangan itu dan siapa yang memutuskannya menjadi persoalan ramai pihak.

Mungkin kerana sudah bosan dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Sufian , pengurusnya Mahadhir Mohamad  mendedahkan kisah sebenar dari pihak Sufian mengenai punca pertunangan Sufian dan Elfora putus melalui satu komen Facebook kepada dakwaan ibu Elfira bahawa dia hanya meminta Sufian menyimpan RM 20 sehari untuk 365 hari:

Ala, ini kes nak tutup kelemahan sendiri. Simpanan sehelai RM 20, setahun >RM 7,000, tak signifikan sedang pendapatan sebulan Sufian (ss) lebih daripada itu. Dengan pendapatan dia dua jemputan show pon boleh selitkan setiap helai muka al-quran.

Tujuan makcik ini (ialah) untuk merendahkan akhlak ss sedangkan ss dididik oleh kedua ibu bapanya, ahli akademik dengan baik dan Johor merupakan negeri terawal memperaktik sekolah agama di sebelah petang selain sekolah konvesional di sebelah pagi.

Yang tergila-gilakan sufian adalah anaknya, yang menelefon setiap saat, minit, jam, hari-hari tanpa henti. Nak mengekori ss ke mana saja dia pergi sehingga jauh malam dan awal pagi tanpa ditemani kenalan perempuan atau famili sendiri.

Yang jelas anaknya seperti perigi cari timba, bukan ss mencari pengganti. Nak tahu status ‘bekas kekasih”lama dulu– ss bukanlah menerima (bekas kekasihnya) dengan hati terbuka. Kisah hubungannya dengna wanita itu sama seperti dalam lagu ‘Harus Aku’.

Tetapi makcik ni, sengaja menghubungi bekas kenalan ss utk mencari alasan memutuskan pertunangan itu. Awam perlu tahu, yang tergilakan ss anaknya, yang putuskan pertunangan adalah emaknya.

ss telah jelaskan hantaran atau syarat bukan alasan semuanya dapat disediakan–termasuk kondo dua tingkat yang kini didiami ss. Dia tahu netizen mengecam tindakan makcik tersebut dan dia terpaksa mengada-adakan pelbagai cerita untuk menutup kesilapan sendiri. -pengurus ss.

Sebelum ini ada pihak mendakwa ibu Elfira telah menghubungi bekas kekasih Sufian sebelum membuat keputusan memutuskan pertunangan Sufian dan anaknya.

Sufian dikatakan menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya selama enam tahun sebelum perhubungan mereka putus, dan tidak lama selepas itu dia menjalin percintaan dengan Elfira dan mereka bertunang beberapa bulan kemudiannya.

Sumber: beautifulnara.com

Loading...

Leave a Reply