“Saya bukan siapa-siapa” – Intan Liana, madu Izreen Azminda ucap terima kasih pada netizen

“Saya bukan siapa-siapa” - Intan Liana, madu Izreen Azminda ucap terima kasih pada netizen

“Saya bukan siapa-siapa” – Intan Liana, madu Izreen Azminda ucap terima kasih pada netizen

Boleh kita katakan, Intan Liana Saleh, 33, seorang yang kuat menghadapi kesedihan. Walaupun suaminya, Ude Wahid, 30, telah berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda, 33, secara rahsia dan kemudian memfailkan perceraian terhadapnya dua minggu setelah dia mengetahui tentang perkahwinan mereka, dia tidak bercerita kepada media mengenai perkara itu.

Ia hanya terbongkar apabila Intan dan Ude hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 28 Februari lepas untuk menguruskan hal perceraian setelah ia difailkan Ude pada 30 November tahun lepas.

Intan Liana mendakwa pernah menghantar mesej kepada Izreen mengatakan dia menerima Izreen sebagai madunya dan ini diketahui oleh Ude, namun Ude tetap memfailkan perceraian dengan alasan sudah tiada hati kepada Intan Liana.

 Terkini, Intan Liana yang sebelum ini menjadi suri rumah sepenuh masa telah memuat naik status mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, semangat dan bantuan dalam merealisasikan kebangkitannya disertai hashtag #bondabangkit .


Untuk makluman anda, Intan Liana kini menjadi model tudung untuk Datuk Seri Aliff Syukri, terbabit dengan penggambaran iklan serta membuat ulasan produk berbayar di Instagram, antaranya ulasan produk kosmetik.

Intan kini mempunyai 231,000 pengikut di Instagramnya, @__iiiintan.saleh . Majoriti pengikut memberi semangat dan sokongan kepada Intan termasuk ramai membeli produk yang disyorkan olehnya untuk membantu wanita itu.

Tahniah diucapkan kepada Intan Liana atas kebangkitannya, tidak perlu menoleh ke belakang lagi. Siapa tahu, ada sinar kebahagiaan lebih besar menanti Intan Liana selepas ini, kan?

Via: beautifulnara.com

Sumber: @SafuraJaafar.OfficialMakeup

 

 

 

Loading...

Leave a Reply