“Your grammar is horrible and your accent sucks” – Emma Maembong dikritik tidak pandai cakap Bahasa Inggeris

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon wanita cantik Emma Maembong? Beliau mempunyai darah campuran Melayu-Scotland dan dari situ lah Emma memiliki wajah pan asian yang menjadi pujaan ramai.

"Your grammar is horrible and your accent sucks" – Emma Maembong dikritik tidak pandai cakap Bahasa Inggeris

“Your grammar is horrible and your accent sucks” – Emma Maembong dikritik tidak pandai cakap Bahasa Inggeris

Baru-baru ini, Emma menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik video mempromosikan produk kecantikan. Dalam video tersebut, Emma bertutur dalam bahasa Inggeris siap dengan loghat Scottish.

Walaubagaimanapun, ada netizen mempertikaikan sebutan Emma dalam bahasa Inggeris.  Sepatutnya Emma boleh bertutur dengan lebih baik memandangkan beliau seorang berdarah campuran.

Emma dengan tenang mengakui beliau tidak pandai berbahasa Inggeris dan menerima teguran itu secara terbuka. Namun, biarlah orang yang menegur beliau itu menggunakan bahasa yang lebih sopan.

Apa yang dikatakan oleh Emma itu betul. Dalam menegur biarlah kita gunakan ayat yang lebih baik dan jangan menjatuhkan semangat orang lain.

Sumber: BN

Loading...

Leave a Reply