“Tawaran berlakon tidak putus dan semua berjalan macam biasa, masalah itu tidak sikit pun jejaskan kerjaya saya” – Izreen Azminda minta netizen berhenti ‘serang’ Rita Rudaini di Instagram

Sebelum ini, Rita Rudaini telah membuat luahan melalui program Melodi TV3 kerana tindakan Izreen  Azminda, kawan baiknya menutup fungsi komen dan menyahaktif Instagram menyebabkan Netizen menyerangnya.

"Tawaran berlakon tidak putus dan semua berjalan macam biasa, masalah itu tidak sikit pun jejaskan kerjaya saya" - Izreen Azminda minta netizen berhenti ‘serang’ Rita Rudaini di Instagram

“Tawaran berlakon tidak putus dan semua berjalan macam biasa, masalah itu tidak sikit pun jejaskan kerjaya saya” – Izreen Azminda minta netizen berhenti ‘serang’ Rita Rudaini di Instagram

Walaupun sudah cuba memberitahu Izreen untuk membuka fungsi komen dan membiarkan netizen menulis, Izreen membiarkan Rita terus dikecam dan ini menyebabkan Rita berkecil hari. Melalui Harian Metro hari ini, Izreen telah meminta Netizen supaya berhenti mengganggu Rita:

Diakui sejak saya menutup ruangan komen dan menyhaktif sementara akaun Instagram, netizen beralih ke IG Rita. Disebabkan mereka tidak dapat menghentam saya, Rita pula jadi mangsa.

Dalam masa sama, perkara ini berlaku di luar kawalan saya. Cuma, apa boleh dikatakan sekarang, berhenti mengganggu ketenteraman Rita, baik di kalangan peminat saya atau ‘haters’.

Tidak adil jika dia turut dikecam hanya kerana kami berkawan. Ingin dijelaskan, dia tidak terbabit atau ada kena mengena dalam perkara ini,” katanya kepada Harian Metro.

Dia juga belum berhasrat membuka Instagram miliknya untuk dikomen Netizen:

Saya bukan lari, tetapi ingin perkara ini selesai dahulu. Selepas ini, saya akan kembali membuka akaun IG.

Buat masa sekarang, saya ingin semuanya reda dan tenang dahulu. Bagi yang terus memberikan sokongan kepada saya, terima kasih diucapkan.

Izreen juga menafikan kontraknya untuk menjadi duta sebuah produk kecantikan telah ditamatkan, sebaliknya kontrak itu sebenarnya sudah tamat dan tidak disambung:

Saya anggap tidak ada rezeki. Namun, saya ingin perbetulkan persepsi orang yang mana kontrak saya tidak dibatalkan, tetapi sudah berakhir. Saya percaya, rezeki Allah SWT ada di mana-mana.

Alhamdulillah, tawaran berlakon juga tidak putus dan semua berjalan macam biasa. Saya bersyukur pihak produksi tidak ambil pusing masalah peribadi saya. Mereka lebih percaya dengan hasil kerja saya selama ini.

Saya juga tidak ada masalah disiplin atau pernah menimbulkan masalah terhadap mana-mana produksi. Paling penting, walaupun saya berdepan masalah, sikit pun tidak menjejaskan kerja saya atau pun mengganggu produksi. Saya tetap menjalani kehidupan seperti biasa.

Sementara itu, Intan Liana nampak semakin murah rezeki. Dari tinjauan penulis, Intan kini menjadi model untuk tudung keluaran Datuk Seri Aliff Syukri dan juga ada berlakon iklan.

Sumber: beautifulnara.com

 

 

Loading...

Leave a Reply