Lagu Madu Dan Racun tiba-tiba tular di China

SEKITAR era 1980-an, lagu dari seberang berjudul Madu Dan Racun dendangan Ari Wibowo menjadi siulan masyarakat di Malaysia dan juga Indonesia.

Lagu Madu Dan Racun tiba-tiba tular di China

Lagu Madu Dan Racun tiba-tiba tular di China

Lagu berirama dangdut itu pasti dikenali oleh mereka yang pernah melalui zaman tersebut dengan rentaknya yang menarik dan liriknya yang bersahaja.

Malah, lagu tersebut kini juga dikenali oleh majoriti masyarakat tidak kira tua atau muda memandangkan lagu tersebut yang tak lapuk dek zaman.

Terbaharu, lagu tersebut menjadi kegilaan di China apabila 15 saat pertama lagu asal Indonesia itu menjadi rentak untuk tarian pengguna yang menggunakan aplikasi bernama Douyin.

Douyin adalah satu aplikasi video pendek membolehkan sesebuah rakaman disunting dengan cepat dan mudah. Ia memudahkan pengguna menambah muzik dan kesan ke video mereka agar menjadikannya lebih menarik.

Lagu Madu Dan Racun menjadi antara trend dan pilihan pengguna aplikasi tersebut untuk merakam dan menyunting video yang rata-rata merupakan tarian pelik untuk dimuat naik ke akaun mereka.

Rata-rata video yang berkaitan dengan lagu Madu Dan Racun menyaksikan perakam menari mengikut rentak lagu itu dan melakukan gerak mulut lirik yang berbunyi “Engkau yang cantik, engkau yang manis, engkau yang manja.”

Aplikasi ini dilancarkan pada tahun 2016 dan mula popular di negara tembok besar itu kira-kira setahun lalu serta turut mendapat tempat di negara-negara lain seperti Thailand dan Jepun.

Aplikasi tersebut juga dikenali dengan nama Tik Tok di luar China dan turut mempunyai fungsi yang seakan serupa dengan aplikasi popular Musical.ly.

Seperti trend-trend yang lain, lagu Madu Dan Racun menjadi pilihan pengguna-pengguna Douyin sekitar hujung tahun lalu dan sehingga kini masih menjadi fenomena.

Februari lalu, seorang artis K-Pop terkenal dari Korea Selatan turut memuat naik videonya menari terhadap lagu tersebut dan mendapat perhatian hangat rakyat Indonesia.

Penyanyi tersebut, Jia yang juga merupakan bekas ahli kumpulan popular Miss A memuat naik video itu di laman Instagramnya menunjukkan dia memakai sweaterhitam dan berjoget kepada lagu tersebut di dalam sebuah bilik.

Postingnya itu telah disaksikan lebih 279,000 kali di Instagram dan ruangan komen dipenuhi rakyat Indonesia yang ternyata berbangga seorang artis antarabangsa menari kepada lagu dari negara mereka.

Rata-rata netizen dari Indonesia meminta supaya Jia berjoget kepada lagu tersebut dalam versi yang lebih panjang.

Tidak dapat dinafikan, penyanyi K-Pop itu pasti telah terlihat video-video yang dimuat naik pengguna aplikasi Douyin kerana pemilihan lagu yang sama serta versi pendek lagu tersebut serupa dengan trend dari aplikasi itu.

Sumber: MYNEWSHUB.CC/EZ

 

 

Loading...

Leave a Reply