Video: 28 warga Bangladesh ditahan berniaga homestay mewah

KUALA LUMPUR: Seramai 28 warga Bangladesh yang menjadi ejen dan menjalankan perniagaan sewaan rumah penginapan atau homestay mewah ditahan Jabatan Imigresen Malaysia dalam operasi di Jalan Imbi, malam tadi.

Serbuan bermula jam 11.30 malam itu dilakukan Unit Quick Responds Team (QRT) Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa bersama Bahagian Operasi JIM Putrajaya susulan pendedahan eksklusif BH minggu lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata siasatan terhadap individu ditahan berkenaan membongkar kegiatan mereka menjalankan perniagaan penginapan tanpa memiliki kebenaran sah dan turut disyaki menggaji pekerja asing tanpa permit dan pas yang sah.

Video: 28 warga Bangladesh ditahan berniaga homestay mewah

Video: 28 warga Bangladesh ditahan berniaga homestay mewah

Antara ajen warga bangladesh ditahan dalam operasi yang dilakukan Imigresen Putrajaya di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. – Foto Zulfadhli Zulkifli

Beliau berkata, individu ditahan adalah warga Bangladesh yang disyaki bekerja sebagai ejen, pengurus syarikat dan rakan kongsi bagi perniagaan berkenaan.

“Pemeriksaan juga mendapati lima syarikat menjalankan perniagaan ini dimiliki warga asing, dipercayai mereka menyewa premis itu secara jangka panjang daripada pemilik sebenar.

“Setiap satu pengusaha mempunyai hampir 20 unit apartmen dan mengiklankan tempat penginapan ini di media sosial serta laman web perhotelan dengan harga serendah RM150 hingga RM250,” katanya.

Mustafar berkata, hasil serbuan pihaknya merampas wang tunai RM29,000 dipercayai hasil sewaan apartmen berkenaan, kad akses dan pelbagai dokumen berkaitan sewaan apartmen dan residensi.

“Ketika pemeriksaan dalam pejabat dan beberapa unit kediaman, kami menemui kelengkapan servis bilik seperti tuala mandi, sabun, berus gigi serta troli beg yang lazimnya disediakan dalam setiap khidmat perhotelan.

“Selain itu, beberapa lelaki warga Bangladesh ini turut ditugaskan sebagai pengemas atau pencuci bilik sebelum dan selepas dimasuki pelanggan mereka,” katanya.

2170 dibaca
Antara ajen warga bangladesh ditahan dalam operasi yang dilakukan Imigresen Putrajaya di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. – Foto Zulfadhli Zulkifli
 Sumber: Bharian
Loading...

Leave a Reply