Bawa isteri Honeymoon, peminat usik Abam soal anak

Bawa isteri Honeymoon, peminat usik Abam soal anak

Bawa isteri Honeymoon, peminat usik Abam soal anak

Pelawak anggota Bocey, Abam, telah membawa isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali berbulan madu di Mesir.Menerusi entri di Instagram, Abam telah memuat naik beberapa foto romantis dan mesranya bersama isteri yang berada di negara orang itu.

“Kita tak sweet tapi kita cuba untuk sweet. Lirik salah jangan komplen. Kita hantam sajalah. Apa yang penting adalah niat yang ingin disampaikan,” tulisnya.

Menerusi perkongsian tersebut rata-rata peminat mengusik Abam dengan menanyakan soal anak dan mereka mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia.

Saidalia1414: Semoga kekal ke jannah dan dikurniakan zuriat yang comel-comel macam Abam dan isteri.”

rohaii: Semoga bahagia dan kekal hingga ke jannah. Jangan lama-lama Abam tak sabar nak menantikan baby korang.”

furqan_mawaddah: Semoga jodoh berpanjangan dan dapat anak-anak yang comel kelak.”

syafie_eyka95: Moga kekal hingga ke Jannah. Selamat berbahagia Abam dan isteri. Sweet sangat korang. Moga cepat timang baby! Happy honeymoon.”

Abam dan Norhidayah, selamat melangsungkan pernikahan pada 8 Disember lalu dengan mas kahwin sebanyak RM3,000 berserta 9 dulang hantaran dibalas 11 oleh pihak perempuan.

Berikut merupakan foto romantis pasangan ini yang dikongsikan:

Loading...

Leave a Reply