Video: Cubaan rompak bank digagalkan orang awam

TANAH MERAH – ‘Malang’ nasib seorang lelaki berusia 27 tahun apabila cubaannya untuk merompak sebuah bank gagal selepas dicekup orang awam, semalam.

Video: Cubaan rompak bank digagalkan orang awam

Video: Cubaan rompak bank digagalkan orang awam

Dalam kejadian di sebuah bank di Jalan Dato’ Nik Mustapha, dekat sini, lelaki terbabit yang memakai topi keledar dan penutup muka ditahan kira-kira jam 4.15 petang.

Menurut sumber, suspek yang berusia 27 tahun sebelum itu memasuki premis bank membawa sebilah parang panjang.

Suspek tiba-tiba melompat ke dalam kaunter dan berlaku pergelutan dengan pengawal keselamatan dan kakitangan bank terbabit.

Pada masa sama kakitangan bank menghubungi polis yang tiba lima minit kemudian dan berjaya menahan lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan kejadian tersebut.

Suspek ditahan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan rompakan.

Polis turut merampas sebilah parang dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 

Loading...

Leave a Reply