Kaki busuk atas kepala tular lagi!

GAMBAR dua warga asing yang tidak dikenali meletakkan kaki di bahagian kepala tempat duduk kereta api tular pada Selasa, selepas ia dikongsi dalam kumpulan Facebook penduduk tempatan di wilayah utara Lampang, Thailand.

Seorang pengguna internet, yang tidak mahu mendedahkan identitinya berkongsi foto dua pelancong ‘backpackers’ di kumpulan Facebook ‘aduan Lampang‘ pada Selasa.

Dia mendakwa melihat pelancong itu dalam kereta api dari Lampang ke Chiang Mai.

“Ini sudah melampau. Budaya kita mungkin berbeza, tetapi saya fikir setiap negara mengajar rakyatnya supaya bersikap sopan,” katanya.

Kaki busuk atas kepala tular lagi!

Kaki busuk atas kepala tular lagi!

“Saya sebelum ini hanya tengok gambar orang lain yang mengutuk adab buruk seperti ini dan kini saya melihatnya dengan mata saya sendiri,” tambahnya.

Kebanyakan netizen menunjukkan reaksi marah, sementara ada yang mencadangkan dia sepatutnya memberitahu pegawai bertugas dalam kereta api tersebut.

Walaupun tidak mengesahkan dari mana pelancong itu berasal, wanita yang menyiarkan gambar itu merujuk mereka sebagai orang British, yang dipandang tinggi oleh orang Thailand.

“Saya tidak duduk di sebelah mereka, tetapi apa yang berlaku memang teruk. Tindakan mereka sangat menunjukkan tiada rasa hormat. Bagi sesetengah orang, perkataan ‘mulia’ itu tidak layak digunakan terhadap mereka.”

Dalam budaya Thai, kaki dianggap sebagai bahagian yang paling rendah dan paling kotor.

Ini bukan kali pertama kejadian tidak beradab ini berakhir dengan posting yang tular di internet.

Tahun lalu, media di seluruh dunia kecoh dengan video yang disiarkan oleh seorang lelaki Thailand menunjukkan keengganan seorang pelancong menurunkan kakinya yang berbau busuk dari bahagian kepala tempat duduk penumpang.

 Sumber: Mstar
Loading...

Leave a Reply