“Tak pernah menyesal mengenalimu sayang..” – Luahan sebak Sufian Suhaimi

Sebak hati membaca nukilan Sufian Suhaimi pada gambar pertunangan yang diambil empat bulan lalu, yang diubah kata-katanya menjadi ucapan selamat tinggal buat Elfira Loy. Menurut Sufian, beliau tidak pernah menyesal mengenali wanita itu dan ianya merupakan hari paling indah buatnya.

Gambar yang tidak dimuat naik kembali, hanya mengubah kata-kata sebagai ucapan pengakhiran hubungan mereka telah menarik perhatian peminat. Ramai memberikan kata-kata semangat buat jejaka itu untuk meneruskan kehidupan.

Berpegang dengan kata-katanya, Sufian membuktikan beliau tidak mempunyai perasaan dendam terhadap Elfira mahupun keluarganya dengan tidak memadam sekeping pun gambar di sekitar majlis pertunangan mereka beberapa bulan lalu.

Tempoh hari, bapa Elfira memaklumkan telah memulangkan cincin pertunangan mereka sekaligus mengakhiri tali pertunagan secara rasmi. Enggan mendedahkan sebabnya, kedua belah keluarga menerima keputusan itu dengan terbuka.

Bagaimanapun, Elfira yang kini masih berada di luar negara, tidak memberikan sebarang komen lagi mengenai perkara ini. Namun jika dilihat pada Instagramnya, segala gambar pertunangan sudah dipadam.

 

Sumber: Roti Kaya

 

Loading...

Leave a Reply