Akhirnya ini kata-kata Elfira Loy selepas putus tunang: “Saat kau merasa sedih ,saat itu Allah sedang memelukmu”

Beberapa hari lepas berita perpisahan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi mendapat liputan media tempatan. Hal itu membuatkan ramai bersimpati dengan kedua-dua artis itu. Sebab mengapa mereka berpisah biarlah hanya antara keluarga mereka sahaja yang tahu. Seperti apa yang dikatakan ibu Elfira, jodoh mereka tidak panjang.

Ibu bapa Elfira dan Sufian sudah pun memberi respon mengenai perkara ini. Tetapi Elfira belum memberi sebarang statement. Adakah Elfira ingin berkongsi bersama peminat mengenai perasaannya ketika ini?

Be strong Elfira!

Saat kau merasa jatuh,saat itu Allah sedang menangkapmu .
Saat kau merasa sedih ,saat itu Allah sedang memelukmu .
Saat kau merasa hampa ,saat itu Allah sedang mengisimu .
Saat kau merasa sepi ,saat itu Allah datang kepadamu .
Saat kau merasa sakit ,saat itu Allah mengubatimu .

Elfira telah memuat naik foto serta kapsyen diatas. Ramai memberi kata-kata semangat untuk pelakon cantik itu.

Sumber: Oh Bulan

Loading...

Leave a Reply