Netizen ramal jodoh ‘awek cendol manja’ tak panjang: “Sekarang kau masih lelaki yg special bg dia.. akan dtg kau sapesial..”

SEJAK minggu lalu, laman media sosial kecoh dengan sebuah rakaman memaparkan seorang gadis merengek manja dalam keadaan kepanasan dan kelaparan.

Rakaman berdurasi pendek yang telah dimuat naik oleh teman lelaki wanita itu ternyata mencuri perhatian netizen khususnya di Facebook.

Kelakuan ‘manja’ gadis itu turut menjadi bahan gelak dalam kalangan netizen sehinggakan muncul pelbagai video parodi yang meniru aksi pasangan berkenaan.

Meskipun dikutuk teruk, teman lelaki kepada wanita itu, Muhammad Aiman Amar berasa bangga apabila mereka dijemput menjadi tetamu bagi salah sebuah slot dalam rancangan bual bicara terbitan Astro iaitu Motif Viral.

Berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh Aiman menerusi laman sosial miliknya dengan memuat naik sekeping foto memaparkan mereka bersama tiga pengacara rancangan tersebut pada Isnin (semalam).

“Menangislah encik makcik bawang semua. Astro dah panggil kitorang. Lagi, lagi Nija banyak job lepas ni. Alhamdulillah.. Dalam dengki dengki korang tu ada juga korang selit rezeki. Hehehe.. Terima kasih bawang-bawang semua #hidupcendol,” tulisnya menerusi entri tersebut.

Ekoran perkara itu, pasangan itu sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila ramai antara mereka mula membuat spekulasi mengenai hubungan mereka.

Sebahagian besar memfokuskan kepada satu isu.

Rata-rata netizen ‘meramalkan’ hubungan pasangan dua ‘sejoli’ ini tidak akan bertahan lama selain turut menyelar tindakan teman lelaki wanita berkenaan yang berbangga secara berlebihan.

Ini kerana mereka ‘bimbang’ dunia glamour akan menyebabkan awek cendol yang comel itu bakal dikejar ramai lelaki kaya.

Usia kedua mereka yang terlalu muda kata para netizen boleh turut menjadi punca.

Bagaimanapun, ia hanya pandangan peribadi netizen semata-mata dan siapa kita nak menjadi malaikat ‘penghukum’ mengenai soal jodoh kan?

Mana kita tahu, mungkin cinta mereka makin kukuh dan awek cendol makin manja selepas ini sehingga teman lelaki nak kentut kuat kat sebelah pun takut dia menangis.

Sehingga kini, video berkenaan dilihat terus menjadi tular dan mendapat perhatian dalam kalangan netizen.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Loading...

Leave a Reply