Sukar dapat tempahan dan peningkatan kos, Jamie Oliver terdesak terpaksa tutup 12 restoran

CHEF selebriti terkemuka, Jamie Oliver terpaksa mengalah apabila memutuskan untuk menjual restorannya, Barbecoa kerana kesukaran mendapat tempahan dan peningkatan kos.

Bulan lalu, chef televisyen itu berkata, dia merancang  untuk menutup 12 daripada 37 cawangan restorannya yang menghidangkan menu Itali itu.

Saingan sengit selain peningkatan dalam khidmat penghantaran ke rumah juga memberi kesan kepada perniagaan restoran.

Jurucakap kumpulan Jamie Oliver berkata, pihaknya telah mengarahkan agensi hartanah untuk menilai pasaran dua premis Barbecoa di London.

Sukar dapat tempahan dan peningkatan kos, Jamie Oliver terdesak terpaksa tutup 12 restoran

Sukar dapat tempahan dan peningkatan kos, Jamie Oliver terdesak terpaksa tutup 12 restoran

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pihak yang memberi komitmen untuk memiliki premis berkenaan.

Pelbagai isu melibatkan cawangan restoran Jamie Oliver perlu diambil kira termasuk perbincangan dengan pemilik bangunan, selain mempertimbangkan untuk mengekalkan premis yang masih mampu membawa pulangan.

Selebriti masakan yang nilainya dianggarkan mencecah £150 juta itu telah melabur £3 juta untuk restorannya, selain tambahan £6.5 juta yang dipinjamkan daripada sektor perniagaan lain.

Sumber: Mstar

Loading...

Leave a Reply