“Masa jahil dulu, nampak semut je terus sembur ‘spray’ racun sampai mati”- Tingkatkan sifat rahmah dan ikhsan, kongsi rezeki sesama makhluk

Semut merupakan makhluk kecil yang banyak ditemukan dimana-mana, baik didalam rumah mahupun di luar rumah.  Keberadaan mereka kadang-kadang mengganggu aktiviti yang kita lakukan kerana sifatnya yang suka menghurung makanan manis ataupun sajian yang tersedia diatas meja.

"Masa jahil dulu, nampak semut je terus sembur 'spray' racun sampai mati"- Tingkatkan sifat rahmah dan ikhsan, kongsi rezeki sesama makhluk

“Masa jahil dulu, nampak semut je terus sembur ‘spray’ racun sampai mati”- Tingkatkan sifat rahmah dan ikhsan, kongsi rezeki sesama makhluk

Belum lagi bercerita tentang semut merah yang suka menggigit kulit sehingga meninggalkan bisa yang gatal.  Namun semut ini juga ciptaan Allah swt, datangnya mereka juga sama seperti mereka, mencari rezeki untuk bertahan dalam kelangsungan hidup.

Perkongsian Aminah Nur Yahya melalui laman Facebook miliknya ini telah membuka mata ramai daripada kita yang sering kali merasakan kedatangan semut ini sebagai ancaman.  Beliau juga ada berkongsi kisah salah seorang Nabi dengan seekor semut.  Mari baca perkongsiannya dibawah, semoga memberi manfaat kepada kita semua.

Masa jahil dahulu, nampak semut jek saya akan ambil spray racun serangga, spray semua biar mati. (Astaghfirullah al Adzim)

Itu dulu….dulu sangat2.
Ketika zaman jahil. Ketika hati saya begitu kurangnya sifat Rahmah dan ikhsan.
Rezeki saya , diberi peluang terus menimba ilmu yang bermanfaat sehingga menjuruskan saya lebih memahami.
( Alhamdulillah)

Ketika sedang menyiapkan hidangan untuk anak2. Setitis adunan kuih jatuh ke atas ” table top”. Cepat sahaja semut2 datang menjamahnya. Rasa seronok mereka sudi berkongsi sedikit rezeki dari Allah ini.

Beri mereka ( semut2) peluang menikmati makanan tersebut sambil membaca surah ini..

يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari”;
Surah An Naml 27:18

Membaca berulang kali sampai mereka berlalu pergi.

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?” 
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Abbas R.A, bahawa Nabi SAW melarang membunuh 4 binatang iaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung Surrah 
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Seronokkan jika kita ada sedikit ilmu, kita amalkan dan kita harap Allah sudi pandang dan terima amalan kita.

Untuk mendapatkan ilmu, perlu berkorban waktu , melazimi majlis ilmu, dekat dengan para ulama, para guru dan jangan pernah berputus asa utk berusaha membersihkan hati kita agar mudah menerima ilmu.

Yukk rajin ke majlis ilmu!!!

Moga Allah limpahkan hikmah dan rahmah ke dalam jiwa kita semua.

Via: SK
Loading...

Leave a Reply