Inspektor polis trafik guna helah sental badan sebelum cabul 4 anggota bawahannya

SINGAPURA: Seorang polis trafik berpangkat inspektor memberitahu seorang konstabel khas berusia 21 tahun bahawa bau badannya membuatkan inspektor itu pening dan bertindak menjemput konstabel berkenaan ke rumahnya.

Suspek berkata, skrub badan dan krim pembuangan bulu boleh membantu masalah badan tersebut.

Bimbang dimarahi oleh penyelianya itu, konstabel tersebut bersetuju, namun dicabul dan dibiarkan ‘kesejukan’ dan ‘terpinga-pinga’.

Mohd Taufik Abu Bakar mencabul empat orang bawahannya yang berkhidmat sebagai konstabel khas di Khidmat Negara.

Inspektor polis trafik guna helah sental badan sebelum cabul 4 anggota bawahannya

Inspektor polis trafik guna helah sental badan sebelum cabul 4 anggota bawahannya

Suspek yang berusia 55 tahun itu tergamak melakukan perbuatan keji itu di Ibu Pejabat Polis Trafil di Ubi Avenue 3.

Selepas enam hari perbicaraan, Hakim Daerah Jasvender Kaur menghukum Mohd Taufik pada Isnin dengan enam tuduhan yang melibatkan empat lelaki berumur antara 21 dan 24 tahun.

Mohd Taufik melakukan kesemua kesalahan itu antara Januari dan September 2015 dan telahpun digantung tugas.

Suspek menyertai cawangan siasatan polis trafik pada 1998 dan dinaikkan pangkat kepada pegawai Pasukan Siasatan Langgar Lari lima tahun kemudian. – The Straits Times/Asia News Network

 Sumber: Mstar
Loading...

Leave a Reply