Video gadis Muslim sertai pertunjukan tarian singa jadi tular

PETALING JAYA: Klip video seorang gadis muslim menyertai tarian singa yang dimuat naik oleh Datin Paduka Marina Mahathir terima maklum balas positif daripada netizen.

Beliau meletak status ‘so cool‘. 

Video klik yang berdurasi 4:30 minit itu menerima 14,000 orang melihatnya dan 294 perkongsian di laman Facebook pada Sabtu.

Dalam klip video itu, Mariam Abdul Nazar yang fasih berbahasa Mandarin menjelaskan penglibatannya dalam persembahan tarian singa.

Video gadis Muslim sertai pertunjukan tarian singa jadi tular

Video gadis Muslim sertai pertunjukan tarian singa jadi tular

Mariam, 21, tahun, berkata, dia bertindak sebagai pemain dram sejak lapan tahun dulu.

“Antara sebab bahasa Mandarin saya ‘okay’. Saya berlatih dan berkomunikasi di sini,” ujarnya.

Malah pelawak popular tanah air, Harith Iskander turut berkongsi video tersebut dengan kesyen “absolutely fabulous!“.

Beberapa orang netizen turut mengagumi dengan semangat yang ditunjuk oleh Mariam.

 Sumber: Mstar
Loading...

Leave a Reply