Kemaluan cedera, bayi 47 hari ‘makan’ lantai, dinding dan pintu didera ibu bapa sendiri

Selain kemaluan cedera, bayi 47 hari ‘makan’ lantai, dinding dan pintu.

Kemaluan cedera, bayi 47 hari 'makan' lantai, dinding dan pintu didera ibu bapa sendiri

Kemaluan cedera, bayi 47 hari ‘makan’ lantai, dinding dan pintu didera ibu bapa sendiri

BUKIT MERTAJAM : Bayi berusia 47 hari yang maut dipercayai akibat didera ibu bapa sendiri mengalami kecederaan di seluruh badan termasuk di bahagian kemaluan.

Laporan awal bedah siasat mendapati, bayi perempuan berkenaan mengalami patah pada rusuk kiri dan kanan, selain lengan kanan dan peha kiri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid bahagian luaran tubuh mangsa juga terdapat kesan lebam dan melecet di seluruh tubuh mangsa.

“Punca kecederaan luaran disebabkan objek tumpul dan keras seperti lantai, dinding dan pintu termasuk juga perbuatan cubit dan hentakan.

“Bedah siasat juga mendapati terdapat kecederaan dalaman akibat hentakan kuat sehingga pendarahan berlaku di organ dalaman seperti otak,” katanya dalam kenyataan.

Terdapat juga kesan gigitan pada kedua-dua belah tangan mangsa namun bayi berkenaan maut akibat pendarahan dalam kepala.

Tambahnya Nik Ros Azhan, ujian saringan air kencing terhadap ibu bapa bayi berkenaan mendapati mereka bebas daripada pengaruh dadah.

Ibu bapa bayi malang berkenaan yang berusia 22 tahun itu direman tujuh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mangsa meninggal dunia ketika dibawa bapanya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya kira -kira jam 10.45 pagi, Khamis lalu.

Sementara itu, ibu bapa kepada bayi terbabit direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan berkaitan bayi perempuan mereka itu. –Astro AWANI

Loading...

Leave a Reply