Suami dalam penjara kerana dadah, kini isteri pula dicekup lepas jadikan rumah sebagai sarang penagihan

SUAMI berada di penjara atas kesalahan dadah kini giliran si isteri pula dicekup selepas menjadikan rumahnya di Felda Umas, Tawau, sebagai sarang penagihan.

Perbuatan wanita berusia 29 tahun itu terbongkar selepas dia dan rakan wanitanya berusia 30 tahun ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tawau di rumahnya, 10.30 malam tadi.

Suami dalam penjara kerana dadah, kini isteri pula dicekup lepas jadikan rumah sebagai sarang penagihan

Suami dalam penjara kerana dadah, kini isteri pula dicekup lepas jadikan rumah sebagai sarang penagihan

Ketua Unit Penguatkuasaan AADK Tawau, Jeffry Angli berkata, ketika serbuan, suspek tanpa berpakaian dipercayai baru saja melakukan maksiat dengan pasangannya, namun lelaki terbabit sempat melarikan diri.

Katanya, ketika ditahan, suspek berada di rumah bersama rakan wanitanya dengan kedua-duanya sudah berkahwin dan suami masing-masing menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah.

“Hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis syabu,” katanya ketika ditemui di Pejabat AADK Tawau, hari ini.

Dalam operasi kedua di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Semarak, di sini, sepasang suami isteri berusia 40 dan 29 tahun didapati positif syabu.

Bagaimanapun, Jeffry berkata, isteri suspek diberi peluang untuk melapor diri kepada pihak AADK memandangkan masih dalam pantang dan menyusukan bayi lelakinya berusia satu bulan.

“Kita memberi peluang kepada isteri suspek yang kini berada dalam pengawasan untuk melapor diri kepada pihak AADK memandangkan bayinya menyusu badan dan ibu masih berpantang.

“Suami suspek kita terpaksa tahan kerana melakukan kesalahan sama iaitu positif dadah dan masih dalam jaminan mahkamah atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata, hasil operasi yang berakhir jam 11.15 malam itu, tiga lagi penagih lelaki berusia 25 hingga 30 tahun ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di Kampung Merotai Besar dan Taman Sentosa. Operasi Cegah membabitkan tujuh anggota AADK itu dijalankan hasil risikan dan aduan daripada orang awam.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply