“Nak makan apa, adik nak beli…?” – Anak Azmil Mustapha sempat bertanya apa mahu dimakan sebelum disedari meninggal dunia

ANAK kepada Azmil Mustapha sempat bertanya apa makanan mahu dimakan bapanya sebelum pelakon terkenal era 1980-an terbabit disedari meninggal dunia, tengah hari hari ini.

Nur Syamira, 33, yang juga anak sulung berkata, bapanya meninggal dunia ketika dalam tidur, namun lima beradik itu tidak dapat mengesahkan waktu sebenar bapa mereka menghembuskan nafas terakhir.

"Nak makan apa, adik nak beli...?" - Anak Azmil Mustapha sempat bertanya apa mahu dimakan sebelum disedari meninggal dunia

“Nak makan apa, adik nak beli…?” – Anak Azmil Mustapha sempat bertanya apa mahu dimakan sebelum disedari meninggal dunia

“Sebelum meninggal, adik ada bertanya kepada bapa mahu makan apa kerana dia nak pergi beli makanan. Bagaimanapun, selepas mandi, adik pergi kejutkan bapa tetapi bapa sudah tiada,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Shah Alam.

Katanya, sebelum itu bapanya berada dalam keadaan sihat dan boleh melakukan rutin harian seperti biasa. Sementara itu, adik Azmil iaitu Ros Anita berkata, abangnya mempunyai masalah jantung.

Katanya, ketika hayatnya, Azmil banyak melakukan ibadah di rumah selain menjalankan aktiviti dakwah.

“Dia tidak meninggalkan apa-apa pesan,” katanya.

Ketika hayatnya, Azmil pernah dua kali mendirikan rumah tangga.

Azmil meninggalkan lima anak berusia 16 hingga 33 tahun iaitu Nur Syamira, Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd Bazli Zhafri dan Nur Alia.

Sejak dua tahun lalu, keadaan kesihatan Azmil yang membintangi filem ‘box office’ era 1980-an seperti Ali Setan merosot dan pernah dilaporkan kritikal.

Jenazah dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah untuk dimandikan dan solat jenazah sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam selepas solat Asar.

Sumber; Metro

Loading...

Leave a Reply