Klip video Dr. Vida bertemu Mazuin Hamzah tarik perhatian

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Kerinduan peminat-peminat terhadap penyanyi angkatan 80-an, Mazuin Hamzah barangkali terubat menerusi klip video yang dimuat naik oleh jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Vida di laman Instagramnya kira-kira sejam lalu.

Klip video Dr. Vida bertemu Mazuin Hamzah tarik perhatian

Klip video Dr. Vida bertemu Mazuin Hamzah tarik perhatian

 

Saper rindu Pengiran Bini Mazuin? Ingat tak lagi.. Lagu ni?

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Menerusi laman sosial berkenaan, kelihatan Dr. Vida bertemu dengan bekas anggota kumpulan Quinary M itu dalam sebuah majlis tertutup.

Mazuin merupakan artis yang sangat masyhur sekitar 80-an sebelum beliau berhijrah ke Brunei selepas mendirikan rumah tangga dengan seorang kerabat diraja negara jiran itu.

Pernah popular menerusi lagu Cinta Palsu, dalam klip video Dr. Vida itu, Mazuin, 54, turut menyanyikan beberapa rangkap lirik daripada lagu berkenaan.

Netizen yang juga peminat Mazuin yang teruja dengan klip video itu turut meninggalkan komen termasuk penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang turut mengakui amat meminati penyanyi kelahiran Ipoh, Perak itu.

Sumber: UTUSAN ONLINE

 
Loading...

Leave a Reply