Jus `mangga’ naik syahwat kononnya!

TAKTIK pemilik pusat karaoke di Jalan Medan, Ipoh, menyediakan pakej ‘perisa mango’ iaitu berhibur bersama pelayan pelanggan (GRO) dan dibekalkan minuman dipercayai dadah jenis methamphetamine pada harga RM300 terbongkar selepas diserbu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) awal pagi tadi.

Dalam serbuan jam 3 pagi dan berakhir dua jam kemudian itu, sepasukan pegawai dan anggota AADK Perak menahan 10 wanita dan 12 lelaki termasuk lima pekerja premis berkenaan.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Ibu Pejabat AADK, Zolkifli Mohd Dom, berkata ketika serbuan, pekerja premis berkenaan enggan memberikan kerjasama dengan mengunci semua laluan masuk hingga memaksa pihak AADK merampas alat kawalan jauh pintu yang dikunci secara automatik daripada penjaga pusat hiburan berkenaan.

 
Jus `mangga' naik syahwat kononnya!

Jus `mangga’ naik syahwat kononnya!

Katanya, hasil serbuan dan soal siasat terhadap pengunjung premis berkenaan mendapati pusat karaoke itu menyediakan perkhidmatan GRO dan setiap pembelian minuman keras akan mendapat minuman dipercayai dadah berperisa mangga selain dadah jenis ectasy, eramin 5 dan ketamine, yang pakej keseluruhannya dianggarkan bernilai RM300.

“Ada antara pengunjung premis itu tidak menyedari bahawa diri mereka mengambil dadah berikutan mereka menjangkakan minuman terbabit hanyalah minuman berperisa mangga biasa.

“Bagaimanapun, hasil saringan air kencing yang dijalankan seramai 22 individu disyaki positif dadah jenis methamphetamine iaitu 10 wanita dan 12 lelaki termasuk lima pekerja premis berusia antara 20 hingga 30 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat AADK Daerah Kinta di Bangunan Persekutuan Greentown, Ipoh hari ini.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply