“Itu tali bukan rambut mangsa” – Gambar didakwa rambut mangsa maut terkena bilah mesin pemotong rumput disebarkan

“ITU tali bukan rambut,” tegas Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak.

Tegas beliau lagi, Nur Afini Roslan, 14, yang terkena bilah pisau mesin pemotong rumput, pagi tadi cedera parah akibat terkena bilah pisau yang terpelanting ke arahnya, bukan terperangkap pada bahagian bawah mesin rumput yang ditarik menggunakan traktor itu.

"Itu tali bukan rambut mangsa" - Gambar didakwa rambut mangsa maut terkena bilah mesin pemotong rumput disebarkan

“Itu tali bukan rambut mangsa” – Gambar didakwa rambut mangsa maut terkena bilah mesin pemotong rumput disebarkan

“Berikutan penyebaran gambar yang didakwa rambut mangsa tersangkut pada bahagian bawah mesin itu, sebenarnya itu adalah tali yang sememangnya ada di situ,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pemandu traktor berusia 26 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian, dijangka akan dibebaskan dengan jaminan polis, esok.

Sementara itu Kementerian Pendidikan akan mendapatkan penjelasan daripada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas, berhubung kematian pelajarnya.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berkata, perkara itu akan dilakukan dalam masa terdekat bagi membolehkan pihaknya mengetahui kejadian sebenar.

Katanya, berdasarkan garis panduan dikeluarkan kementeriannya, aktiviti memotong rumput hanya dibenarkan pada hujung minggu sahaja.

“Kita akan meminta penjelasan guru besar mengapa kerja memotong rumput dijalankan ketika latihan perbarisan pelajar. Ini sesuatu yang tidak patut berlaku,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Mengulas lanjut, Sin Woon berkata, siasatan dalaman pihaknya akan dibuat selepas siasatan polis berakhir sepenuhnya.

“Berdasarkan maklumat diterima, sekolah ini memohon cuti peristiwa bagi menganjurkan hari sukan sekolah esok,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Nur Afini meninggal dunia di tempat kejadian selepas kepalanya terpotong dua dipercayai selepas terkena bilah berkenaan, ketika menjalani latihan perbarisan di padang sekolah itu.

Dua rakannya Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, pula hanya mengalami cedera ringan dalam insiden itu.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply