“Harga masih boleh runding” – Banglo Sharifah Aini dijual RM8 juta

EJEN hartanah yang menguruskan penjualan banglo mewah milik Allahyarham Datuk Sharifah Aini memaklumkan belum ada pihak yang berminat membeli kediaman berkenaan.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Hafiz sebelum ini memuatnaik iklan penjualan rumah terbabit di laman sosial Facebook (FB) miliknya sejak sebulan lalu.

"Harga masih boleh runding" - Banglo Sharifah Aini dijual RM8 juta

“Harga masih boleh runding” – Banglo Sharifah Aini dijual RM8 juta

Hafiz berkata, terdapat beberapa sebab yang menyukarkan rumah itu untuk dijual, namun dia mempunyai keyakinan harga RM8 juta yang ditawarkan adalah harga pasaran semasa.

“Setakat hari ini belum ada mana-mana lagi individu atau peminat yang bertanyakan mengenai rumah itu.

“Harga yang dipamerkan juga bukanlah harga tetap. Andai ada yang berminat dan serius hendak membeli, kita boleh pertimbangkan sehingga mereka jadi beli,” katanya.

Menurutnya, jika diikutkan, pihaknya tidak mahu ada publisiti kerana menghormati hak privasi tuan rumah.

Bagaimanapun, dia tidak menafikan berita yang dikeluarkan oleh portal berita Harian Metro semalam turut membantu memudahkan orang ramai mengetahui mengenai penjualan rumah itu.

Katanya, dia adalah ejen kedua yang cuba membantu rakannya yang juga ejen dilantik untuk menjual rumah berkenaan.

“Saya membantu kawan untuk menjual rumah itu. Kami sama-sama ejen hartanah dan tidak sangka selepas memuatnaik iklan itu, ia mendapat liputan media,” katanya.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply