Draf Undang-Undang berita palsu ke Kabinet

KUALA LUMPUR: Draf mengenai perincian berkaitan dengan undang-undang berita palsu dijangka dibentang ke Kabinet selepas Tahun Baharu Cina.

Draf Undang-Undang berita palsu ke Kabinet

Draf Undang-Undang berita palsu ke Kabinet

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, antara yang akan dibentangkan mengenai definisi berita palsu dan hukuman yang sesuai kepada penyebar berita palsu.

Katanya, sebanyak tiga sesi perbincangan diadakan dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wakil media, agensi undang-undang serta pemimpin masyarakat mengenai undang-undang berita palsu itu.

Katanya, kebanyakannya membangkitkan mengenai definisi berita palsu dan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasa undang-undang berkenaan.

“Selain itu, ada yang membangkitkan mengenai penubuhan entiti dan agensi yang khusus untuk menilai mengenai berita palsu dan isu perbezaan berita palsu dengan komen awam dalam media sosial, ” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar dan Diskusi Khas Hala Tuju Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) di sini, hari ini.

Terdahulu Azalina mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas berkaitan cadangan kepada Undang-undang berita palsu yang dihadiri lebih 10 NGO.

Antara yang hadir mesyuarat itu Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dan Institut Akhbar Malaysia (MPI).

Sumber: Bharian

Loading...

Leave a Reply