Ajinamoto ambil alih tanah Tabung Haji dengan kos RM86.07 juta

KUALA LUMPUR – Ajinomoto (M) Bhd. merancang mengambil alih tanah seluas 88.604 hektar di Techpark@Enstek, Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan, daripada Lembaga Tabung Haji dan THP Enstek Development Sdn. Bhd. dengan bayaran sebanyak RM86.07 juta.

Ajinamoto ambil alih tanah Tabung Haji dengan kos RM86.07 juta

Ajinamoto ambil alih tanah Tabung Haji dengan kos RM86.07 juta

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Ajinomoto berkata pengambilalihan itu selari dengan rancangan jangka panjangnya untuk meluaskan operasi dan membesarkan kemudahan perkilangannya supaya selari dengan permintaan yang semakin meningkat ke atas keluaran produk syarikat.

“Kami merancang membangunkan kemudahan perkilangan yang baharu di kawasan itu yang dijangkakan dapat mengukuhkan kecekapan syarikat dalam menyediakan produk berkualiti kepada pelanggan.

“Pada masa ini, masih terlalu awal untuk menentunkan jumlah kos pembangunan atau bila operasi akan bermula. Kos pembangunan akan dibiayai menerusi dana dalaman dan pinjaman bank, jika diperlukan,” kata syarikat itu.

Tabung Haji melantik THP Enstek Development Sdn. Bhd. sebagai peguam untuk jualan tanah itu. – BERNAMA

 

Loading...

Leave a Reply