Kapsyen Islamik tetapi berlatar belakang gambar bersifat lucah, Iqram Dinzly dikecam netizen

ALAHAI… Pelakon, Iqram Dinzly muncul kembali dengan kontroversi gara-gara satu entri berkapsyen ayat Al-Quran tetapi berlatar belakang gambar yang disifatkan sebagai lucah.

Menerusi entri terbaharu yang dimuat naik di laman sosial Instagram pada Jumaat itu, Iqram dilihat bergambar dengan patung wanita yang seksi.

Bagaimanapun, apa yang menimbulkan kemarahan netizen ialah tindakan Iqram memuat naik entri seperti itu tetapi menggunakan kapsyen yang menyebut ayat dalam kalam Allah.

Rata-rata mereka meluahkan rasa tidak puas hati serta geram terhadap aktor berkenaan yang dilihat kini semakin berani bertindak sedemikian.

Bukan itu sahaja, malah ada juga segelintir mengakui kecewa dengan tindakan Iqram tersebut yang dilihat seolah-olah mempermainkan agama sendiri.

Perkongsian Iqram itu dilihat terus menjadi perhatian orang ramai khususnya para pengikutnya melalui laman Instagram.

Hmmm… Agak-agak ada tak pihak tertentu yang boleh tampil menasihati aktor ini tetapi jangan pula sampai menghina, ya?

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Loading...

Leave a Reply