“Mengenai Farid, no komen. Tidak apa yang saya ingin perkatakan” – Sofi Jikan dibebaskan

"Mengenai Farid, no komen. Tidak apa yang saya ingin perkatakan" - Sofi Jikan dibebaskan

“Mengenai Farid, no komen. Tidak apa yang saya ingin perkatakan” – Sofi Jikan dibebaskan

Pelakon Sofi Jikan dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman tiga hari berhubung kes dadah baru-baru ini.
 
Bagaimanapun Sofi enggan memberikan sebarang kenyataan mengenai penahanannya.
 
“Maafkan saya, no komen. Saya penat, no komen,” katanya ringkas.
 
Ditanya mengenai tindakan pelakon Datuk Farid Kamil yang menyebut namanya dalam laporan polis dibuat pada 31 Januari lalu, sekali lagi Sofi tidak mahu memberikan komen.
 
“Mengenai Farid, no komen. Tidak apa yang saya ingin perkatakan,” katanya.
 
Tempoh reman tidak disambung terhadap Sofi atau Mohamad Shoffi Jikan, 48, yang keterangannya diambil polis bermula Rabu lalu.
 
Sofi yang juga pelakon filem KL Gangster disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun.
 
Via: Gempak
Loading...

Leave a Reply