Fattah Amin & Fazura naik pelamin 25 Februari ini

Fattah Amin & Fazura naik pelamin 25 Februari ini

Fattah Amin & Fazura naik pelamin 25 Februari ini

Selepas tiga bulan bernikah, pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya memilih 25 Februari ini untuk mengadakan majlis resepsi mereka.Majlis tersebut akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Fattah dan Fazura selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara, 27 November tahun lepas.

Kisah cinta Fattah, 27, dan Fazura bermula apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri popular itu sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura.Ketika mengerjakan umrah pada 15 hingga 23 November lalu, pelbagai spekulasi mengenai ikatan sebenar pasangan ini timbul, sekaligus ada yang mengatakan mereka sudah bernikah ketika berada di Tanah Suci Makkah.

Enggan terus berteka-teki, Fattah dan Fazura meleraikan tanda-tanya itu dengan memaklumkan mereka sudah mengikat tali pertunangan pada 13 November.

Sumber: Gempak

Loading...

Leave a Reply