Video: Milo didakwa mengandungi 40 peratus kandungan gula dan diragui sebagai minuman sihat, ini respon pengurusannya

Video: Milo didakwa mengandungi 40 peratus kandungan gula dan diragui sebagai minuman sihat, ini respon pengurusannya

Video: Milo didakwa mengandungi 40 peratus kandungan gula dan diragui sebagai minuman sihat, ini respon pengurusannya

Beberapa hari yang lepas, seorang individu di facebook melalui sebuah video membuat pendedahan mendakwa Milo mengandungi 40 peratus kandungan gula yang memberi kesan tidak baik kepada pengguna.

Ekoran daripada itu, pelbagai respon yang diterima daripada netizen yang rata-ratanya keliru dengan kesahihan video yang tersebar. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pengerusi Jawatankuasa Halal Nestle, Othman Md Yusoff menjelaskan isu ini.

Betul ke minum milo tidak sihat?

Video yang dimuat naik pengasas Mindvalley, Vishen Lakhiani mendakwa Milo mengandungi kandungan gula sebanyak 40%. Beliau juga meragui Milo sebagai minuman yang sihat dan bertenaga seperti yang didakwa syarikat tersebut.

Ini susulan daripada artikel yang dikeluarkan The New York Times mengatakan tabiat pemakanan rakyat Malaysia tidak sihat.

Penjelasan 40% kandungan gula dalam Milo

Menerusi sesi live di facebook Isnin lalu, Pengerusi Jawatankuasa Halal Nestle, Othman Md Yusoff menjelaskan isu yang menjadi viral di laman sosial kebelakangan ini.

Menurut perkongsian klick.my, Othman Md Yusuf memberitahu selepas dibancuh kandungan gula hanya tinggal 6 peratus sahaja.

Bagi saya, minuman Milo ialah minuman yang sihat.

Sebenarnya, di bungkusan memang tertulis gula sebanyak 40 peratus, 40 peratus gula itu, 20 peratus daripadanya ialah daripada susu, laktosa dan malt.

Susu yang ada merupakan susu yang mempunyai gula semula jadi dan baik untuk badan. Lagi 20 peratus itu gula dan ia dalam bentuk serbuk.

Selepas lima sudu teh Milo ditambah dengan 200 mililiter air panas, jumlah gula kemudian menjadi enam peratus sahaja iaitu tiga peratus daripada susu tadi dan tiga peratus lagi gula.

(Kadar) 40 peratus itu bila tidak dicampur air. Jadi sebenarnya hanya enam peratus gula sahaja yang masuk ke badan. Video yang viral itu mengelirukan.

Cadang penggunaan label ‘sihat’ dengan betul

Tambahnya lagi, Milo sudah lama ada di Malaysia dan setiap apa yang dilabelkan mematuhi undang-undang serta mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu. PPIM juga mencadangkan pihak yang bertanggungjawab untuk menambah label memberitahu cara pengambilan produk milo yang sesuai.

Mengikut laporan Malaysiakini, Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Hishamuddin Hashim turut memberitahu penggunaan label ‘pilihan lebih sihat‘ haruslah mengikut piawaian seperti mana tanda halal. Ini kerana rakyat sudah menganggap Milo sebagai minuman menyihatkan.

Sumber : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Via: Oh Bulan

Loading...

Leave a Reply