Sami ‘kantoi’ curi seluar dalam wanita

SEORANG sami Buddha di Thailand dibuang dari kuil setelah rakaman CCTV menunjukkan dia mencuri pakaian dalam wanita yang masih basah.

Dalam video yang dirakamkan pada Isnin, sami berkenaan dilihat berjalan di sebuah lorong di Suphaburi, Thailand.

Rakaman menunjukkan, Theeraphap Worradilok, 49, mencuri enam helai seluar dalam yang di penyidai dan memasukkannya ke dalam beg kain yang digalas di bahu sebelum meninggalkan lorong tersebut.

Pemilik kediaman, Kittisak Khajornnetikhikhun, 40, mendapati seluar dalam isteri dan anak perempuannya hilang pada sebelah petang.

Sami 'kantoi' curi seluar dalam wanita

Sami ‘kantoi’ curi seluar dalam wanita

Apabila memeriksa rakaman CCTV, dia terkejut melihat seluar dalam yang hilang itu dicuri oleh seorang lelaki yang dianggap suci.

Dia menelefon polis yang kemudian melancarkan siasatan.

Kittisak, yang menjalankan perniagaan kedai emas, berkata: “Seluar dalam itu tidak mahal. Isteri saya boleh membelinya lagi, walaupun salah satu yang dicuri adalah kesayangannya.

“Perkara paling penting wanita lain harus diberi amaran tentang sami. Sebab itu kami melaporkannya.

“Ia agak lucu dan kami tidak takutkan apa-apa dan tidak mahu timbul kekecohan. Tetapi jelas sekali dia ditangkap atas sebab ini.”

Pegawai yang menemubual ketua kuil berkata sami berkenaan telah diusir setelah dimaklumkan berhubung insiden memalukan tersebut.

Dia memberitahu polis bahawa sami terbabit baru-baru ini mendakwa telah berhenti mengambil ubat preskripsi yang membuatnya berkelakuan aneh.

Polis Kolonel Phuwadit Khongpet, yang bertanggungjawab mengesan sami itu berkata: “Lelaki dalam video itu adalah seorang sami. Dia berasal dari wilayah Nakhon Nayok.

“Kami telah menemubual ketua di kuil yang mengatakan sami itu mungkin keliru kerana dia berhenti mengambil ubat.

“Tetapi dia telah mencemarkan reputasi kuil itu.

“Pegawai akan meneruskan siasatan, mencari sami itu dan menuduhnya mencuri mengikut undang-undang.” -mailOnline

 Sumber: Mstar
Loading...

Leave a Reply