Harga tak padan dengan lauk: RM9 untuk nasi campur berlauk kaki, pedal ayam dan sirap bandung

Harga tak padan dengan lauk

Seorang lelaki terkejut dengan harga nasi campur berlauk kaki dan pedal ayam yang dikenakan sebuah restoran di pekan Endau, Johor.

Harga RM9 yang dikenakan itu tidak padan dengan kuantiti lauk yang telah diambilnya.

Muhammad Assanizam Abdul Asik, 27, berkata, pada hari itu dia hanya mahu makan lauk yang biasa untuk bayaran yang lebih murah.

Kaki dan pedal ayam goreng menjadi pilihan kerana ia dilihat bukanlah lauk mahal berbanding lauk lain.

“Ketika itu saya ambil tiga ketul kaki ayam, tiga ketul pedal ayam dan air sirap bandung, menu memang biasa sahaja.

“Masa nak bayar orang di kaunter kata RM9. Saya terkejut, takkan lauk macam ini pun dekat RM10 harganya,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Dalam keadaan terkejut itu, dia tetap membayar dan makan kerana mengenang perutnya lapar.

Bagaimanapun, sebagai seorang yang bekerja sendiri dengan pendapatan tidak menentu, makanan dengan harga sebegitu sangatlah membebankan.

Dia juga buntu memikirkan apa keistimewaan lauk itu hingga harganya sedemikian rupa.

“Selepas ini saya tak akan makan di restoran itu lagi. Saya harap pihak berkuasa juga perlu turun padang buat pemantauan, jangan tunggu aduan sahaja,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Leave a Reply