“Balik melawak kat rumah sahaja tak apa” – Datuk Afdlin Shauki minta pelawak tempatan jangan jadi pencuri

PELAKON dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki menggesa pelawak tempatan agar tidak mencuri bahan pelawak lain dalam setiap persembahan komedi mereka.

Afdlin, 47, berkata, perbuatan memplagiat bahan pelawak lain untuk menjana pendapatan adalah sesuatu yang tidak berintegriti dan perbuatan yang salah.

“Ini merupakan salah satu isu integriti yang wujud dalam indsutri seni tanah air. Kalau ambil bahan orang lain, balik melawak kat rumah sahaja tak apa.

“Tapi bila ambil bahan lawak pelawak lain dan guna untuk persembahan pentas, itu bermaksud dia menjana pendapatan atas hasil plagiarism,” katanya kepada mStar Online.

"Balik melawak kat rumah sahaja tak apa" - Datuk Afdlin Shauki minta pelawak tempatan jangan jadi pencuri

“Balik melawak kat rumah sahaja tak apa” – Datuk Afdlin Shauki minta pelawak tempatan jangan jadi pencuri

Dia ditemui sewaktu program Integrity Art Night – Komedi Berdiri Integriti yang diadakan di Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Afdlin Shauki (kanan) ketika sesi dialog yang turut disertai Dr Anis Yusal Yusof.

Pada cara itu, Afdlin turut mengakui hal berkenaan dapat dilihat khususnya melibatkan pelawak-pelawak baharu.

“Saya tak nafikan, pelawak baharu misalnya, mereka perlu ikut pelawak yang sudah berpengalaman.

“Tapi janganlah sampai tahap plagiat, content kena tulis sendiri, baru ada integriti,” ujarnya.

Selain pelawak, pengarah filem Papadom itu turut mengakui wujudnya isu integriti dalam kalangan pengkarya filem.

Menurut Afdlin, pengkarya yang menghasilkan filem tanpa integriti pastinya akan memberi kesan terhadap kualiti akhir sesebuah karya.

Sebahagian peserta yang menguikuti program Integrity Art Night – Komedi Berdiri Integriti  yang diadakan di Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur, pada Rabu.

“Ada artis yang buat kerja seni untuk cari makan sahaja dan ada yang buat sebab betul-betul minat.

“Apabila karya dihasilkan secara ala kadar, di manakah integriti perfileman itu?

“Iyalah, berkarya untuk wang sahaja, mereka pastinya tak bagi yang terbaik. Buat ala kadar sahaja sebab mahu pulangan cepat,” katanya.

Tambah Afdlin lagi, dia sebagai figura awam yang mempunyai pengikut perlu menggunakan platform yang ada untuk memberi kesedaran terhadap masyarakat dan penggiat seni mengenai isu integriti.

Sesi dialog berkenaan dikendalikan oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr. Anis Yusal Yusof.

Acara berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan komedi berdiri oleh peserta lawak solo 2016, Nizam Jentik-Jentik.

 Sumber: Mstar
Loading...

Leave a Reply