Walau kedua pihak sudah berdamai, polis tetap siasat kes guru gigit tangan murid darjah 4

POLIS tetap meneruskan siasatan berhubung seorang guru lelaki sekolah di daerah ini didakwa menggigit tangan murid Tahun Empat walaupun kedua-dua pihak dilaporkan sudah berdamai.

Ini kerana, laporan polis berhubung kes terbabit yang dibuat keluarga kanak-kanak lelaki itu sebelum ini tidak ditarik balik walaupun upacara ‘perdamaian’ mengikut adat resam masyarakat Kadazandusun dilakukan kedua-dua pihak, semalam.

Walau kedua pihak sudah berdamai, polis tetap siasat kes guru gigit tangan murid darjah 4

Walau kedua pihak sudah berdamai, polis tetap siasat kes guru gigit tangan murid darjah 4

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, setakat ini polis tidak dimaklumkan mengenai penyelesaian antara kedua-dua pihak dan siasatan tetap diteruskan mengikut prosedur.

“Perkara ini juga akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk mendapatkan arahan selanjutnya sebelum tindakan diambil. Berhubung kes berdamai, pihak polis masih belum menerima apa-apa maklumat dan ketika ini lebih kepada siasatan mengikut elemen jenayah.

“Hasil siasatan awal, guru terbabit mengaku melakukan sedemikian (menggigit tangan murid) kerana terlalu sayangkan murid berkenaan. Itu dakwaan guru terbabit,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Remaja Berwawasan (PRB) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahang, Penampang, hari ini.

Semalam, guru lelaki terbabit dikatakan membayar ‘sogit’ iaitu denda mengikut adat dalam bentuk ayam kepada kanak-kanak itu di sekolahnya dengan Ketua Kampung Kituao yang enggan dikenali menyaksikan dan mengisytihar kedua-dua pihak sudah berdamai mengikut adat.

Sementara itu, mengulas mengenai program PRB, Mohd Haris berkata, ia bertujuan memupuk jati diri dan pembentukan keperibadian serta disiplin dalam kalangan pelajar.

“Program ini memberi peluang pelajar mengenali potensi diri masing-masing dan mengubah paradigma ke arah lebih baik.

“Hasil bimbingan daripada program direncanakan diharap mampu menghasilkan pelajar berdisplin tinggi dan berupaya menjadi insan berguna kepada negara di masa depan,” katanya.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply