Minggu lalu, harga runcit bagi bahan api petrol dan diesel masing-masing naik dua dan tiga sen. Untuk tempoh seminggu akan datang, harga berkenaan akan berubah lagi.

Harga minyak 8-14 Februari 2018: RON95 naik 2 sen, RON97 naik 3 sen, diesel turun 3 sen

Harga minyak 8-14 Februari 2018: RON95 naik 2 sen, RON97 naik 3 sen, diesel turun 3 sen

Bagi petrol harga jualan bagi RON 95 menjadi RM2.33 seliter atau naik 2 sen, manakala manakala RON 97 pula pada harga RM2.61 seliter – naik 3 sen berbanding minggu lalu

Bagaimanapun, harga bagi bahan api diesel sebaliknya akan turun tiga sen. Harga jualan bagi diesel Euro 2M akan menjadi RM2.31 seliter, manakala diesel Euro 4 akan dijual pada harga RM2.41 seliter. Harga baru ini akan berkuatkuasa tengah malam nanti dan berlangsung sehingga Rabu minggu hadapa, 14 Februari 2018.