“Kakak, tolong jangan beritahu ibu aku” – Rayuan seorang wanita ketika ditahan kerana dadah

Kuantan: “Kakak, tolong jangan beritahu ibu aku.” Itu rayuan seorang wanita kepada rakannya apabila ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah di sebuah rumah sewa di Gudang Rasau, di sini, semalam.

Wanita berusia 25 tahun itu membahasakan rakannya sebagai kakak ketika ditahan dalam operasi dilakukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang bersama Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman.

Dalam serbuan jam 3 pagi itu, wanita terbabit turut cuba membuang bungkusan lut sinar yang mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu.

Difahamkan, turut ditahan seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai rakan kepada wanita terbabit kerana memiliki satu peket ketulan dadah jenis sama.

“Kakak, tolong jangan beritahu ibu aku” - Rayuan seorang wanita ketika ditahan kerana dadah

“Kakak, tolong jangan beritahu ibu aku” – Rayuan seorang wanita ketika ditahan kerana dadah

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, polis menemui semua dadah berkenaan di dalam bakul sampah dan bungkusan tembakau rokok sebelum kedua-dua suspek dibawa ke IPK Pahang untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati, suspek mendakwa baru memperoleh bekalan syabu daripada seorang lelaki dikenali sebagai Tomi yang tinggal di Inderapura, di sini, dan menggunakan bahan terlarang itu semata-mata untuk menambahkan tenaga,” katanya dalam sidang media di Dewan Badminton Kompleks Perumahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Alor Akar, di sini, semalam.

KETULAN kristal dadah jenis syabu yang dipercayai milik dua beradik lelaki.

Op Sarang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kuantan, Deputi Superintendan Wan Zulkifly Sahalabudin itu turut mendapat kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Ia dijalankan di beberapa lokasi sekitar bandar ini, Jaya Gading, FELDA Bukit Sagu, Sungai Lembing, Cherating, dan Beserah berjaya menahan hampir 150 penagih berusia 18 hingga 55 tahun termasuk pengedar.

Mohamad Noor berkata, dalam serbuan sama, polis turut menahan dua beradik bersama seorang pegawai agama masjid Tanah Putih berusia 27 hingga 29 tahun di sebuah bilik sewa di Tanah Putih, di sini.

Katanya, hasil serbuan kedua itu polis merampas alat penimbang digital dan peralatan menghisap dadah bersama ketulan kristal dadah jenis syabu dianggarkan 0.56 gram (g) dipercayai milik dua beradik lelaki terbabit.

“Turut ditemui 5.07g heroin, 43.5g pil kuda dan 6.5g ganja. Siasatan turut mendapati dua beradik terbabit enggan memberikan kerjasama, namun selepas didesak mereka mengaku semua barangan itu milik mereka,” katanya.

Menurutnya, semua suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply