Video: “Saya terbayang orang jumpa mayat saya terapung kat situ” – Ingat lagi kisah gadis sesat di Gunung Tahan selama 19 hari? Ini ceritanya lepas 10 tahun

Video: "Saya terbayang orang jumpa mayat saya terapung kat situ" - Ingat lagi kisah gadis sesat di Gunung Tahan selama 19 hari? Ini ceritanya lepas 10 tahun

Video: “Saya terbayang orang jumpa mayat saya terapung kat situ” – Ingat lagi kisah gadis sesat di Gunung Tahan selama 19 hari? Ini ceritanya lepas 10 tahun

Siapa boleh melupakan insiden ngeri dialami Nur Umaisarah Same’aun atau Umai yang sesat di Gunung Tahan pada 2008. Kehilangannya membuatkan satu Malaysia dikejutkan dengan penemuan gadis berkenaan dalam keadaan lemah selepas 19 hari.

Pengalamannya itu diceritakan dalam satu dokumentari pendek diterbitkan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) baru-baru ini.

Umai juga menceritakan pelbagai kepayahan ditimpanya ketika sesat. Antaranya adalah insiden terjatuh dan terhentak sehingga membuatkan dia kehilangan barang keperluan di dalam beg dibawa.

Waktu beg saya terjatuh, saya turut sekali terjatuh. Lutut saya sakit sebab terhentak kawasan keras. Sakit sangat. Saya menjerit sekuat hati. Hanya Allah sajalah yang tahu perasaan masa tu.

Selain itu, percubaannya untuk ditemukan juga menemui jalan buntu apabil apa yang dirancang tidak berjaya. Usahanya membuat unggun api menggunaakan cermin matanya tidak membuahkan hasil diharapkan.

Saya terfikir untuk buat unggun api pakai cermin mata. Saya kumpulkan ranting kayu dan daun kering dan gunakan cermin mata untuk guna cahaya matahari. Tapi percubaan saya tidak berjaya.

Sesat 19 hari di Gunung Tahan Like & Share SUEK Bro untuk video ilmiah! #SUEK

Posted by SUEK Bro on 21hb Januari 2018

Sumber: Suek Bro 

Via: Oh Bulan

Loading...

Leave a Reply