“Sebak tengok isteri senyum dari jauh” – Isteri itu amanah Allah juga, pesanan buat para suami sesekali berilah ‘me time’ untuk mereka

Dalam sehari rata-rata daripada kita hanya mempunyai lebih kurang 2 jam untuk memanjakan diri sendiri, atau mungkin kurang daripada itu.  Disebabkan masa yang sangat singkat itu hendaklah dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk menikmati me time.

"Sebak tengok isteri senyum dari jauh" - Isteri itu amanah Allah juga, pesanan buat para suami sesekali berilah 'me time' untuk mereka

“Sebak tengok isteri senyum dari jauh” – Isteri itu amanah Allah juga, pesanan buat para suami sesekali berilah ‘me time’ untuk mereka

Kenapa me time menjadi hal yang sangat penting bagi peningkatan kualiti hidup?  Ia adalah kerana setiap orang memerlukan waktu buat dirinya sendiri tanpa melibatkan orang lain dan merehatkan diri daripada sebarang aktiviti.


via GIPHY

Me time merupakan momen yang paling penting terutamanya bagi seorang isteri, ibu dan wanita bekerjaya.  Tanpa masa yang cukup untuk mereka memanjakan diri, akan menjadikan mereka penat, moody, wajah tidak ceria dan cepat merasa bosan hingga tertekan.

Suami khususnya harus memainkan peranan yang penting dalam memberikan sedikit ruang kepada isteri atau ibu kepada anak-anak.  Ambil tanggungjawab bersama dan jangan mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan penat lelah isteri yang telah bertungkus-lumus untuk memberikan yang terbaik kepada setiap daripada mereka (suami dan anak-anak).

Sayangnya, ramai wanita yang tidak diberikan peluang untuk merasakan me time ini kerana sulit mendapatkan masa yang sesuai tambahan pula dengan kurangnya kerjasama daripada pasangan.  Ikuti perkongsian daripada Muhammad Ahmad yang berkongsi pengalaman dalam memberikan ruang kepada sang isteri yang kelihatan sangat menghargai saat itu walaupun dilihat kecil, namun besar maknanya bagi wanita.

ME TIME.

Suami. time pergi mall apa salahnya bagi ‘me time’ untuk isteri walaupun 30 minit. Kita pula jaga anak sepanjang ‘me time’ dia.

Kita pantau isteri dari jauh cukup. Tengok dari jauh gelagat dia. Seronok atau tidak dapat jalan sorang-sorang, dapat tengok apa yang dia rasa nak tengok, pilih apa yang mahu dipilih.

Beli tu belum tentu beli. Isteri ni dapat cuci mata pun dia dah rasa seronok. Rasa mall ini dia yang punya.

Sebak tengok isteri senyum dari jauh sambil tunjuk barang yang dia beli. Bila nampak kita bersama anak, lagi dia senyum lebar. Dalam senyum itulah sepenuh masa, jiwa, diri untuk suami. Dalam senyum itulah segala susah payah sakit melahirkan anak, menyusukan anak.

Ingat pesan arwah ayah; 
“Jagalah isteri kamu baik-baik seperti mana mak ayah dia jaga. Jangan kianati dia jika kamu nak rasa apa itu bahagia. Diam jika nak marah isteri, isteri faham jika suami diam. Jangan mudah naik tangan atau pukul dia. Isteri dan anak amanah dari الله , salah acuan merana kamu di akhirat”

Suami. Jagalah isteri baik-baik. Lemah lembutlah terhadap mereka, hargailah susah payah dia mengandungkan anak, melahirkan anak, menyusukan anak dan menjaga makan minum anak.

Suami. Jadikanlah kita asbab dia rasa bahagia, rasa dijaga, rasa dihargai, rasa di sayangi. Bahagia dia, bahagialah kita.

Via: SK
Loading...

Leave a Reply