“Mungkin ada campur tangan pihak ketiga” – Sufian Suhaimi belum ada tarikh perkahwinan dengan Elfira Loy

Sudah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 dan pernah memberitahu bakal bernikah pada Mac ini, pasangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy bagaimanapun seakan masih belum membuat sebarang persiapan menjelang hari bahagia mereka. Jadi kahwin ataupun tidak?

"Mungkin ada campur tangan pihak ketiga" - Sufian Suhaimi belum ada tarikh perkahwinan dengan Elfira Loy

“Mungkin ada campur tangan pihak ketiga” – Sufian Suhaimi belum ada tarikh perkahwinan dengan Elfira Loy

Sufian menerusi portal BH ONLINE memberitahu mungkin ada campur tangan orang ketiga dalam isu pertunangan serta perkahwinan yang dirancang bersama Elfira. Namun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Sangat rumit untuk saya perkatakan mengenai perkara ini kerana ia bukan hanya berkaitan saya dan El (Elfira), tetapi turut membabitkan kedua-dua belah keluarga. Mungkin (ada campur tangan orang ketiga)… Perkahwinan sesuatu yang besar dan tak boleh dibuat main-main. Sebab itu kami menghormati pandangan semua orang dalam keluarga.

Hubungan pertunangan mana yang tidak mempunyai dugaan dan masalahnya tersendiri bukan? Sufian bagaimanapun meminta agar peminat mendoakan yang terbaik buat beliau dan Elfira dan semoga ada jodoh mereka sehingga ke jenjang pelamin.

Sumber: BN

Loading...

Leave a Reply