Ayu Raudhah masuk wad 11 hari, kerana apendiks pecah, jangkitan kuman & paru-paru berair

Ayu Raudhah masuk wad 11 hari, kerana apendiks pecah, jangkitan kuman & paru-paru berair

Ayu Raudhah masuk wad 11 hari, kerana apendiks pecah, jangkitan kuman & paru-paru berair

Pelakon Ayu Raudhah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta ekoran masalah apendiks yang sudah pecah, jangkitan kuman dan paru-baru berair.Menerusi perkongsiannya di Instagram, kos rawatan Ayu sepanjang 11 hari di pusat perubatan itu mencecah RM50,000.

“Apendiks pecah, jangkitan kuman pada paru-paru dan paru-paru berair, ditahan di wad selama 11 hari dan menjalani dua kali pembedahan.

“Bil rawatan mencecah RM50,000,” kongsi Ayu yang menyarankan peminatnya mengambil insurans kesihatan.

Disebabkan pembedahan penyakitnya, Ayu berkongsi rasa terkilan tidak boleh memberikan susu badan kepada bayinya, Laura Zuleykha, 7 bulan.

“Syukur Alhamdulillah saya sudah semakin pulih tetapi yang paling sedih sudah tak boleh menyusu badan Laura sebab masih mengambil antibiotik.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya, semoga kita semua diberikan kesihatan yang terbaik,” tulisnya.

Ruptured Appendix + Lung Infection + Lung Equeous = 11 Days Admitted 2 times surgery Bills over rm 50,000 Alhamdulillah mujurlah amik PRUDENTIAL BSN TAKAFUL sgt2 puas hati… bukan nk promot tp nk kongsi..i baru ja ambik insurance ni 1tahun lebih mcm tu, mmg berbaloi sbb baru byr berapa dh dpt claim rm50k bayangkan kalau xdak insurance??? dah la menangung sakit, kena keluar duit lg.. sapa nk tlg kita bayaq Puluh2 ribu tu??? I ambik dgn agent yg mmg saya kenal.. (Helmi +601121681547) dia siap dtg melawat dan uruskan i dpt bilik yang sangat selesa. Syukur Alhamdulilah.. i dh semakin pulih ,tp yg paling sedih dh xbole bagi laura breastfeed .. sbb still on antibiotik 😔.terima kasih pada semua yg bendoakan kesihatan ayu.😊 semoga kita semua diberi kesihatan yg terbaik.amin #ujianAllah #dugaanAllah #redha #ikhlas #kasihsayangAllah #prubsntakaful

A post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7) on

Dalam perkembangan lain, Ayu turut memuat naik beberapa keping fotonya meraikan ulangtahun perkahwinan ketujuhnya dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @ayuraudhah_7
Loading...

Leave a Reply